Tuesday, May 10, 2011

Resepi-resepi buatan tangan ku....

fettucini carbonara

Bahan2:
Fettucini
Carbonara (guna prego dalam tin)
Keju cheddar
Udang
Sotong
Cili benggala hijau/merah
Minyak zaiton
Bawang besar (kuning punya)
Bawang putih
Butter
Garam
Lada hitam
Lada sulah
Oregano
Daun bawang
Daun sup


Cara memasak:
Ikut aku nya cara...semua bahan dan sukatan ini terpulang kepada citarasa tukang masak, so aku tak letak dalam ni, terpulang lah kat korang..lagipon ni bukan menu buat kek or kuih yg perlukan sukatan yg tepat..pendek kata ikut rasa tekak masing...hahha


Mula2 sekali:-
1) Masukkan air dalam periuk untuk merebus fettucini bersama sedikit minyak olive (dua ke 3 titik ja aku guna)..rabus dan toskan

2)panaskan kuali untuk buat kuahnya, masukkan minyak olive (2 camca lebih kurang), masukkan bawang kuning yg didadu dan bawang putih... kacau lagi
3)Masukkan sotong and udang tadi...
4)Masukkan carbonara prego..kacau
5)Masa untuk perasakan bahan dengan garam, lada sulah dan lada hitam
6)Masukkan cili benggala (or apa saja sayuran yg korang suka)
7)last sekali masukkan fettucini dan kacau sebati..
letak sedikit aun bawang, daun sup, oregano and keju di atas untuk hiasan.

Selamat mencuba..

--------------

Ikan Kembong Stim/Kukus

Bahan2:
Ikan Kembong (sederhana saiznya)
Serai       
Halia                    
Asam Jawa
Limau
Tomato
Bawang Putih
Bawang Kuning
Daun Ketumbar
Daun Bawang
Sos Ikan
Limau Nipis
Garam
Gula

Cara memasak:
Macam biasa aku tak letakkan sukatan untuk setiap bahan, saja lah selera masing2 sapa boleh tau
korang boleh agak2 dan rasa je, kalu tak cukup tambah je lah ye...huhu.. ni resepi yg sihat dan sedap..silalah mencuba..
  1. Kukus ikan bersama halia,serai,bawang putih, bawang kuning yg telah dihiris tadi. letakkan sedikit sos ikan dan garam.
  2. Untuk membuat kuah yg lebih, panaskan kuali dengan sedikit minyak, masukkan bawang kuning dan bawang putih. gaul hingga kuning.
  3. Masukkan air asam jawa dan air asam limau.
  4. Tambahkan garam dan gula sesedap rasa. (ikut tekak masing2 lah ye)
  5. apabila ikan sudah masak, curahkan kuah ke atas ikan dan taburkan daung ketumbar dan daun sup. Letakkan hirisan tomato sebagai hiasan.

Ikan bilis besar/Sayur tumis kacang botol/Tempe goreng pedas


Ikan bilis nih just korang goreng bersama bawang dan cili api or cili kering...make sure goreng ikan bilis dulu bila dah setengah masak tu baru masukkan bawang dan cili api tadi..baru enak...

Tempe goreng pedas

Bahan2:
Tempe
Cili giling
Bawang putih
Bawang besar
Sos Tiram
Sos Cili
Sos Tomato
Garam
Gula
Maggi cukup rasa

Cara memasak:

ini lah resepi sambal goreng mudah, tetapi utk dapatkan tempe yg sedap silalah goreng dahulu tempe.. nak lagi sedap tambah sekali ikan bilis..memang sedap..
  1. Potong tempel kecil2 dan nipis.Goreng tempe sehingga garing
  2. Guna kuali yg sama, buangkan sedikit minyak menggoreng tempe tadi...
  3. Tumiskan bawang ptih dan bawang merah...
  4. Masukkan cili kering dah juga sos tiram, cili dan tomato..
  5. tambahkan sedikit air dan persakan bersama garam, gula dan cukup rasa maggi..
  6. Masukkan semula tempe goreng tadi , kemudian kacau sebati sehinnga kuah pekat.



Sayur tumis kacang botol

Tuesday, March 22, 2011

Singapore

Lepas buat pasport mestilah nak keluar kota malaysia..so destinasi pertama, kira trial lah...aku memilih Singapore *KOTA SINGA*( bukan byk singa pon kat kota dia) hahha...pergi pon kira budget saja nak cop pasport..so sebab budget ciput..aku pilih guna bas jew...

ambik bus ke LARKIN Johor (guna plusliner-->seat kecik), masa diambil lebih kurang 3 jam untuk sampai ke LARKIN TERMINAL BUS...sebab 1st time masuk JOHOR, mcm teruja jugak..tp reality nya tak seindah bandar seberang jaya or PENANG..(biasa2 aje..org johor jgn mare yer)...ini sebb aku nya member dok banggakan JB sangat..padahal aku rasa terminal bas nya pon tak seindah terminal bas butterworth...*pendapat aku jew*...

bila sampai sana..jgn takut, cari saja bus ke singapore..tak salah aku bus nya color putih unggu..bayaran murah aje...RM1.80, tp kena queue dulu...byr pada driver bas nanti... bila bas berjalan, bolehlah tengok2 permandangan ....kalu boleh duduk or berdiri dekat pintu..senang nak kuar masa nak masuk BORDER nanti...bas akan berhenti sebelum sampai ke BORDER, so berjalanlah naik menuju ke BORDER MALAYSIA di tingkat atas (imigrasi malaysia)...kemudian turun bawah balik, naik aje bas yg sama..pastikan tiket disimpan...kemudian turun balik di BORDER S'PORE...naik atas untuk urusan cop..kemudian turun bawah balik..dah naik bas yg sama kembali...urusan imegrasi sudah selesai....

so bila naik bus..perhentian pertama MRT stesen KRANJI (ada kedai makan kat situ..harga $3++ ok lah..), turun di situ...masa kat sini.. boleh lah beli kad MRT..lebih murah..berbanding bayar pakai cash..
sistem MRT dia memang mudah dah tepat..jgn risau..mana mau pergi pon boleh check pada board laluan...setiap laluan dia ada color tertentu..so korang boleh tgok dekat laluan mana patut tukar stesen..mudah je...

aku pilih nak menginap di hotel berdekatan dengan MUSTAPHA...(gedung all in one--buka 24hr everyday)... hotel sekitar kawasan ini lebih kurang SD100 sama RM 2++, itu hotel biasa jer tau..no breakfast..tp basic ada lah..tv, aircond,waterheater,hotshower and WI-FI...ada yg lebih murah dalam SD80++ macam tuh..kalu pandai cari boleh dapat...
hari pertama kami just pergi MUSTAPHA..jalan2 cuci mata..MUSTAPHA ni 24hr aal in one stop shopping center...aku ak shopping apa pun..just beli parfume..(haha tak sure ori ke tak..), malam dah menjelma..au pon letih..so balik lah bilik..n tidor....

hari ke-2...sebb kami tak prepare nak kemana...so just jalan ke Merlion Park...dari hotel kat Mustapha tu aku amik MRT kat Ferrer Road..sebenarnya byk gak tempat yg ingin dilawati..tp sebb masa dan preparation yg tak berapa betui (main redah jew..) n masa plak tak mencukupi...tak dapatlah p Universal Studio kat Sentosa...(aku akan datang lain kali untuk ke sana..)..
Jalan-punya jalan aku perasan satu je kat sini berbanding Malaysia tanahair ku..struktu bangunan dah landskap dia nampak indah sgt, walaupon rapat2 kedudukannya...satu lg masjid dia pon tak mcm  Malaysia...lebih kurang mcm surau  ja...(may be ada tp aku tak jumpa lg kot..)..
Sepanjang jalan, aku persan mesti ada org aiskrim, so perasan nak merasa tu kuat..aku try lh(tp aku cari yg ada logo halal..(walaupon terang-terangan ia adalan aiskri dari WALLs...), harga satu aiskrim dia $1, dia ada yg biskut or roti..pilih ja mana suka...bg aku dua2 sedap..inilah keunikan nya..kalu kat malaysia ada aiskrim malaysia...hahha

Penden kata Cuba ja dulu...

Thursday, January 20, 2011

WeLcOmE Nu YeAr....2011 - Blog vs Diary

hi semua...this is my first entry....

tahun ni aku mula dgn hobi baru...kalu dulu aku suka tulis dlm diari..tp kini aku rasa baik aku kongsi dgn semua penggemar blog...Aku kini bergelar blogger..hahah

aku suka makan, lepak n jalan2...so this blog basically akan ceritakan pengalaman aku dan rakan2...may be some recipe akan dimuatnaikakan...selamat membaca...

......Cerita makan aku.....

semalam aku pergi makan at aliasara puchong..erm...full house tp lucky ada satu tempat kosong utk aku and my partner...sajalah nak try...lagi pon salah satu hobi aku suka makan2...first tgok menu...terkejut jugak..harganya boleh tahan MAHAL....but ok we try first...

so kita order 3 menu : 1)butter prawn RM10 2)prak ka poi RM10 3)tomyam seafood RM16...erm but kita tunggu dah lihat apa hasilnya kemudian...akhirnya sampai lah menu yg dinanti2kan..

so let eat 1st....tomyam seafood dia mmg sedap..semua seafood termasuk ketam, udang, ikan, lala, sotong ada ..kira all in one bowl lah...prak pak ka pao dia terlalu spicy and mmg aku tak tahan beb...pedas..even aku suka mkn peds tp yg tu mmg PEDAS!!! then butter prawn...menu ni tak macam butter prawn aku makan kat RESTORAN TASIK shah alam..mmg lain..kira tak best sangat lah...
dari segi service ---> not too bad... k lah next time kita tgok restaurant lain plak..